aku fikirkan perancangan antara aku n en.Hubby tak menjadi hari ini since aku ada kerja yang belum selesai ~ laporan yang perlu dibentangkan depan pengarah ESOK (24 Oct, 2012) ~ tapi en.Hubby tetap penuhi hasrat aku sebab aku dah terlalu stress dengan kerja aku.
Pukul 10.00pm baru kami sampai umah setelah aku puas ber"shopping". Semasa dikaunter bayaran tadi memang cukup kelihatan bahawa hampir tiga per empat isi troli adalah untuk the Little. rasanya mungkin ini antara shopping terakhir aku untuk the Little since now usianya sudah 34minggu, paling cepat dia akan keluar adalah pada usia 36minggu nanti. wahhh..bila fikir-fikir semula bagai tak sabar untuk menanti the Little keluar namun dalam masa yang sama pastilah rasa cuak dan seram sejuk hadir gak ~ ekekk..
ikutkan jam 8pm tadi kami telah selesai membeli barang dapur dan barang-barang the Little tapi kemudian en.Hubby mengajak aku berjalan di Pasar Karat seketika kerana dia ingin membeli barang. walaupun aku telah letih berjalan dan lenguh kaki namun tidak salah kalau aku cuba sembunyikan keletihan itu untuk teman en.Hubby. Setelah en.Hubby dapat apa yang dihajati, en.Hubby memimpin aku berjalan hingga hampir ke hujung deretan kedai, katanya mencari kedai yang ada menjual barang baby.
sebenarnya en.Hubby pernah menyatakan akan membeli set tilam bayi bersama kelambu nyamuk untuk the Little pada awal bulan Sept yang lepas, namun aku sudah tidak berharap lagi untuk mendapat set tersebut kerana kami telah mempunyai set tilam untuk the Little (My MIL yang belikan utk the Little benonya masa Expo Ibu dan Bayi awal bulan hari itu). Aku pun pernah bertanyakan tentang set tilam yang pernah en.Hubby suarakan itu namun en.Hubby kata cukuplah set yang telah ada sahaja (terkilan gak aku benonya bila en.Hubby cakap camtu sebab aku ada gak berangan utk dapatkan set tersebut utk the Little) tapi since en.Hubby dah berkata demikian maka aku tak bersuara lebih dan tidak berharap lagi kini.
Tapi malam ini, diluar jangkaan aku, En.Hubby telah membeli set tersebut untuk the Little. Aku macam tak percaya bila en.Hubby membelek dan empunya gerai tersebut membuka bungkusan set tersebut untuk dibelek sepenuhnya. Dan apabila soalan "Ayang nak tak?" diajukan, aku bagai tersenyum sampai ke telinga saat itu sambil terus menjawab "nak la". Tak lama set tersebut bertukar tangan antara empunya gerai dan en.Hubby aku bersama beberapa Note Warna Warni. Ada beberapa barangan lain yang turut dibelek oleh en.Hubby namun aku segera mengajaknya pulang sebab khuatir akan ada lagi banyak barang lain yang akan bertukar milik pula lepas ini (kalau boleh memang nak macam-macam lagi tapi cukup la untuk masa ini, orang kata jangan beli ikut kehendak sangat.hee.)
So, perjalanan membeli belah kami berakhir untuk malam ini dengan barang-barang yang aku belum habis kemas lagi kini. well,,laporan untuk pengarah perlu aku selesaikan segera since now jam telah menunjukkan angka 11.00 malam. chaiiyook mama ~^^
mode: the Little masih aktif lagi hingga kini, tak letih lagi ke the little nih bershopping hari ini atau masih excited dengan set tilam yang papa the Little baru belikan? hee..
No comments:
Post a Comment