18 October, 2012

checkup the little - mama nangis

17hb adalah checkup aku utk usia the little dlm kandungan 8bln. since monthly checkup buat kat KD (klinik desa) so hanya beberpa kali saje aku perlu hadir appointment ngan doc.
so bila usia the little dh 8bln ni, kne la jumpa doc utk scan checkup.

hari2 sebelum itu :-

15hb Okt,
- the little tak berapa aktif namun 10 gerakan masih tercapai before pukul 4 petang. Namun tendangan amat kurang tp it's ok asalkan ada soft kick the little. balik kerja en.hubby ajak beli dinner di pasar malam saje since kami berdua agak letih. masa tengah pilih laun dinner, rasa sakit sgt kat tummy. sakit yang tak leh nak describe sungguh.. terjadi dua kali dan masuk kali kedua aku dh mula ngadu ngan en.hubby. en.hubby cadangkan utk ke HSA tp aku plak suggest tunggu dlu lepas kami solat n dinner saje sbb tak berterusan pun sakit tu. lepas dinner, tiada lagi sakit namun tendangan n gerakan the little juga slow. tapi sebab the little masih respond bila en.hubby berbual dengannya, maka kami tak pergi ke HSA.

16hb Okt,
- aku bangun pagi solat subuh, basuh baju n buatkan sarapan pagi. the little aktif sedari aku solat subuh namun hanya movement. on the way pergi kerja, the little aktif bergerak tapi aku masih tak rasa tendangan kecil dia. 10 gerakan yang aku kira utk hari itu semuanya adalah gerakan the little. langsung tiada tendangan the little, adakah aku yang terlepas rasa kerana sibuk bekerja. hati sudah mula gusar namun aku tak nak gelabah sgt. on the way balik dr kerja, baru terasa tendangan halus the little namun memang tak banyak.

- malam itu, lepas dinner tiada movement daripada the little. lepas dinner pun en.hubby tak teman aku menonton tv macam selalu since dia ada kerja perlu selesaikan manakala aku sambil menonton tv sambil menyelesaikan SODUKU, namun aku sedar tiada gerakan dari the little tapi aku tidak menyatakan pape pada en.hubby. around 11pm baru en.hubby join aku menonton cerita "supernatural" dan baru tika itu juga kami melayan the little, namun tiada tindakbalas daripadanya. aku n en.hubby membuat kesimpulan mungkin the little sedang tidur.

- jam 12.00 kami masuk tidur dan en.hubby masih tidak berputus asa utk mendapatkan tindak balas the little hingga aku sendiri terlena saat en.hubby berbual dan mengusap tummy ku. tetapi sepanjang malam sebenarnya tidur aku tak berapa lena kerana sedar tiada reaksi dr the little namun untuk aku kejutkan en.hubby ke HSA rasanya tidak terlalu terdesak since dalam beberapa jam lagi aku akan bertemu doc utk checkup sprt yang telah dijanjikan.

On the day : 17hb Okt,
- aku bagai tidak boleh fokus pada solat subuh ku kerana tiada gerakan dr the little. biasanya the little akan bergerak semasa aku solat. seusai solat juga masih tiada gerakan mahupun tendangan dr the little namun kerana tidak mahu fikir bukan-bukan, aku segera ke dapur utk membuat sarapan. en.hubby datang membantu membuat sarapan since kami perlu segera utk ke klinik kerana biasanya kalo pemeriksaan di KK memang akan ramai orang. semasa menyediakan sarapan, en.hubby bertanya adakah the little telah bangun dan saat itu aku mula menitiskan airmata sambil menggeleng. en.hubby macam terkedu seketika namun mungkin kerana en.hubby tak mahu aku lihat kerisauannya maka en.hubby cuba ubah cerita kami kepada hal sarapan yang kami sediakan. semasa sarapan, pandangan kami lebih fokus kepada cerita cartoon yang disiarkan di tv sprt selalu.

- semasa otw ke KK, en.hubby tidak henti mengusap tummy ku sambil berbual-bual dgn the little. caranya buat aku ingin menangis lagi namun boleh ditahan. semasa menunggu giliran di KK, aku ada merasa tendangan perlahan the little. saat itu aku merasa sgt lega. bila en.hubby menghampiri dan bertanya tentang the little, aku menyatakan bahawa the little ada menendang namun perlahan. itu sudah cukup buat en.hubby merasa lega dan sambil en.hubby menemaniku sambil itu tangannya mengusap tummy ku dan berbual dengan the little tanpa malu dengan org sekeliling.

- dalam jam 9lebih, tiba giliran aku berjumpa doc dan semasa bertemu doc aku memang tanpa berselindung menceritakan semuanya pada doc. doc acapkali bertanya kenapa tidak terus ke HSA saat itu namun aku dengan lurus menjawab kerana fikirkan akan hadir checkup pagi itu selain dr menyatakan bahawa kami assume the little sedang tidur. semasa doc melakukan scan, kelihatan the little dalam keadaan normal. jantungnya masih berdegup dan keadaannya baik namun doc menyatakan bahawa di situ kami tidak akan tahu tentang degupan jantungnya normal atau tidak kerana tiada ultrasound. aku dan doc banyak berbual hal the little dan di akhir pertemuaan kami doc nasihatkan aku lain kali jgn bertanggunh lagi utk ke kecemasan jika berlaku. saat itu aku mula mengalir, ayat doc India yang turut ada disitu "jangan risau tentang apa orang akan kata kat kecemasan itu nanti sebab yang kita risau itu anak kita lagi2 tu your 1st baby now dah 8th months pun. kalau pape jadi lagi you akan menyesal nanti". katanya lembut namun aku mengalirkan airmata bukan kerana kata2nya namun kerana aku rasa bersalah sendiri terhadap the little. betul kata doc, yang tahu keadaan the little adalah aku sbb the little dalam diri aku.

- sebaik keluar, en.hubby bertanya kenapa wajahku bagai hendak menangis. dengan malu aku kembali menangis di bahu en.hubby. tidak pasti perasaan sebak bagaimana itu yang hadir membuatkan aku menangis lagi. setelah pasti tangisan boleh ditahan, baru kami ke bahagian farmasi. semasa menunggu giliran, sekali lagi aku menangis. sebak itu hadir tanpa sebab sehingga en.hubby suruh aku menanti di kereta sahaja dan biarkan dia yang mengambil ubat namun aku tidak mahu tinggalkan en.hubby seorang disitu. aku cuba menahan sebak ku dan en.hubby cuba menceriakan aku.

- selesai semuanya, en.hubby menghantar aku ke pejabat walaupun dia ada mencadangkan agar aku ambil cuti sahaja hari itu agar kami dapat pantau gerakan the little namun kerana aku sayangkan baki cuti ku, aku tidak bersetuju utk cuti. namun, pergerakan the little aku pantau sebaiknya. Alhamdulillah, the little banyak menendang.

- semasa otw pulang ke rumah selepas tamat kerja, aku berbicara dengan en.hubby "the little telah aktif balik. rasanya saje je dia dengki mama dia, mama dia dah nangis-nangis risaukan dia baru dia nak kick2 balek..." dan en.hubby aku ketawa sambil membalas "baru mama tau nakal the little macam mana,kan" sambil usap2 tummy aku.

tak sabar tunggu the little keluar,,nakal sikit tak pe..hehee..

love you so much the little one ~^^


2 comments:

Anonymous said...

adakah pacik the little akan balik cuti nanti??!!!

jeng jeng jeng...

kite tggu dan lihat~

cewwaaah~

Cik Salwa Salahudin said...

wahh,,ada kejutan dr org perantauan di negara matahari terbit ke? ~ jeng..jeng..

kalo balek leh ler lambung2 the little agar dapat tempias pandai rajin pakciknya ~ leh merantau gak untuk penuhkan ilmu di dada bila dah dewasa kelak ~^^

CORETAN kemasKINI