i Nov 2012 aku decide ke GH memandangka malam sblm ini the Little amat kurang aktif berbanding selalu (ikutkan ini adalah kali kedua the Little begini).
hati aku memang agak kurang enak walaupun cuba berfikir secara positif namun detik hatiku kuat kali itu utk terus ke GH. En.Hubby pun setuju agar kami ke GH kerana hari sebelum ini the Little memang hanya bergerak dan kurang menendang.
Sepanjang perjalanan aku fikirkan tentang the Little yang masih tiada tindakbalas dengan reaksi kami. walaupun en.Hubby bercakap dengannya, masih tiada tindakbalas seperti selalu.
Adakah the Little masih tidur?
Mungkinkah the Little terlalu letih kerana aku sendiri hampir 3 malam tidak cukup tidur kerana menyiapkan laporan kewangan utk mesyuarat hari ini (1 Nov)?
Kali terakhir the Little cukup akif adalah pada malam 30hb Okt (pagi 31hb Okt) sewaktu aku berjaga utk siapkan laporan yang penting itu. malam tersebut, the Little memang terlalu aktif (bagai memberontak pun ada cara tendangannya) hingga buat aku sesak nafas dan tida selesa utk duduk menyelesaikan tugasan itu namun aku melawan segala yang aku rasa kerana tugas perlu diselesaikan.
31hb Okt semasa di pejabat, the Little mula kurang aktif namun aku bagaikan membiarkan sahaja apa yang berlaku kerana banyak perbincangan berkenaan mesyuarat yang bakal diakan pada hari keesokannya. (dan kerana keletihan juga aku leh lena dekat sejam di surau pejabat). aku mula alert kembali terhadap the Little semasa menghadiri perjumpaan dengan TNC(P) kerana pada tika itu tiada apa yang perlu dilakukan. Nyata, the Little memang tidak menendang. Malam itu kami decide utk ke GH namun aku tunda kerana aku fikir the Little terlalu lapar (siang itu aku tidak sempat menjamah makanan berat, hanya sempat minum milo panas dan biskut tiger sahaja). balik dr dinner, the Little masih diam. aku memberi cadangan andai malam ini semasa kami hendak tidur, the little masih diam, baru kami ke GH.
malam itu en.Hubby berbual dengan the Little sprt biasa namun aku telah terlena kerana keletihan yang amat. maklum la telah beberapa malam tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup. namun ada waktu aku terjaga dan sempat mengusap the Little.
Pagi 1 Nov aku bangun solat sprt biasa, namun tiada tindakbalas the Little, mungkin masih tidur. Aku bacakan Yassin sprt selalu namun masih tiada tindakbalas, mungkin masih lena. Namun, tahap kerisauan aku makin memuncak pabila semasa aku bersiap ke pejabat, the Little masih diam. akhirnya kami decide ke GH.
Sampai di GH, aku terus diminta utk menjalani checkup denyutan jantung the Little, Alhamdulillah denyutannya normal. mengikut maklumat Nurse, berdasarkan bacaan mesin, the Little telah cukup 10 kali gerakan pagi itu (namun aku tak sedar langsung the Little bergerak). aku diminta tunggu di ruang menunggu sementara Dr panggil utk soal selidik. semasa menanti panggilan Dr, baru aku sedar the Little telah mula memberi tindak balas. Alhamdulillah.
Nama ku dipanggil dan kali ini Dr pula membuat checkup ke atas the Little. Beberapa soalan ditanya dan buku merahku disemak dengan lebih teliti (terutama bahagian laporan daripada Dr di KK yang merawatku). Dr meminta aku menanti utk proses seterusnya iaitu scan yang akan dilakukan oleh Dr Senior. Semasa proses scan, banyak perkara yang diperkatakan antara kedua Dr tersebut namun sepatah haram pun aku tak faham cuma yang aku tahu Dr senior menyatakan bahawa the Little lebih kecil dr yang sepatutnya dan berat kurang (faham sbb Dr Senior bgtau aku). Namun Dr senior menyatakan bahawa pembesaran the Little normal (maksudnya saiz sume normal). aku lega.
Tetapi Dr minta agar aku admit utk pemantauan yang lebih - owhhh...saya tak nak stay di GH selagi belum masa bersalin - saat Dr memberitahu aku mula buat soalan yang direct "perlu ke saya admit?". ekekekkk.. dah Dr kata, ye perlu. Tapi since Dr hanya menjawab utk pemantauan lebih aku pun sambung la jawab "kalau tak nak tak pe kan"..hee... Dr. tanya balik "nape tak nak?", aku hanya senyum kali itu...hee...
Setelah beberapa kali Dr bertanya tentang penahanan aku dan aku masih tidak memberi jawapan "ok", maka kedua Dr membuat kesimpulan aku memang tak mahu admit namun banyak advise diberikan agar aku lebih alert.
aku lega - tak perlu admit
aku lega - the Little kembali aktif seperti selalu
aku lega - pegawai bagi cuti (sebab tak minta MC dari Doc)
aku lega - boleh rehat dirumah, tak perlu fikir soal kerja hari itu
apa pun kini, aku memang perlu lebih alert pada the Little sebab usianya telah 35minggu. paling awal 36minggu the Little akan keluar so....kena bersedia segalanya.
-- the Little sayang,, kalau nak keluar cepat pun mama tak kisah ye sayang asalkan baby sihat segalanya --
No comments:
Post a Comment