22 November, 2010

hanya datang bila MENGIDAM ~

malam semalam ~21hb Nov~ aku,icak,nurul,wani,shrek,arif dan apar menghabiskan malam cuti bersama. lokasi ~ modern corner yang letaknya bertentangan dengan kawasan kampung aku dan bersebelahan dengan kawasan perumahan arif.

pemilihan lokasi adalah kerana icak yang begitu teringin mahu merasa keLAZATan menu char kuew teow yang diperKATAkan orang ramai di gerai makan itu. kami SEMUA memilih hidangan char kuew teow cuma berbeza menu tambahan samada special, kerang atau udang.

komen??

haha ~ daripada sudut makanan char kuew teow itu memang tidak dinafikan kelazatannya CUMA kami semua tidak dapat memBEZAkan apakah perbezaan antara kelainan menu yang kami pilih kerana kami dapati bagai tiada pebezaan yang ketara antara menu yang kami pilih..apa beza sebenarnya antara char kuew teow penang style,,penang style special dan kerang biasa?? haha..FAILed disitu..

sudut MINUMan lagi la FAILed ~ laicikang yang icak order 100% failed sbb rasanya langsung tak ada rasa laicikang,,rasa air buah adalah..haiz..mungkin memang menu laicikang disitu seperti itu..manakala air jus oren yang aku dan shrek order juga FAILed kerana terlalu banyak sangat sisa oren ~ mungkin pembuat air di situ tidak menapis air oren tersebut selepas dikisar menyebabkan sisa oren terlalu banyak. air yang nurul order ~ jus apple susu PASS sebab sedap ~ lain-lain minuman juga so-so.

sudut layanan PELAYAN kedai makan ~ agak kurang memuaskan, tidak mesra dan bagai separuh hati melayan karenah pelanggan. tidak mampu mejawab soalan kami dengan baik..sigh..mungkin kerana mereka budak-budak lagi. huhu..

jadi dapat disimpulkan bahawa KAMI hanya akan datang lagi jika ada antara kami yang mengidam mahu makan char kuew teow saje lepas ne..haha

No comments:

CORETAN kemasKINI