11 November, 2010

aku KALAH dengan SITUASI

Sebenarnya sudah lama aku tidak membuat panggilan keluar memandangkan bidang tugas aku tidak berapa terlibat dengan pihak ketiga cuma apa yang berlaku pada hari ini membuatkan aku sedar bahawa aku perlu lebih belajar untuk melakukan sesuatu dengan lebih tenang di masa akan datang..almaklum,,saya ini agak kalut orangnya kalau berada dalam keadaan didesak..huhu..

Pagi tadi aku membuat satu panggilan keluar kepada satu syarikat pembekal untuk memberitahu bahawa syarikat aku mahu melakukan satu transaksi mendepositkan cek ke dalam akaun syarikatnya maka aku mahu mendapatkan kepastian tentang nombor akaun syarikatnya. aku pada awalnya menyangkakan bahawa yang menyambut panggilan aku adalah orang berbangsa cina maka aku pun cuba berinteraksi dalam bahasa Inggeris tetapi rupa-rupanya dia berbangsa melayu. aku amat terkejut apabila mendengar dia merungut tentang cara aku berbicara,,mungkin kedengaran agak berterabur kerana aku terlalu mengejar masa memandangkan aku perlu menyelesaikan hal tersebut dalam masa yang secepat mungkin. maka akhirnya aku mengambil keputusan berbahasa melayu sahaja lebih-lebih lagi apabila aku pasti dia berbangsa melayu.

Aku tak menyalahkan dia merungut tentang cara aku berbahasa Inggeris kerana mungkin benar bahasaku agak berterabur pada awalnya dan ada beberapa kesilapan yang aku lakukan tanpa sedar kerana terlalu mengejar masa :-
1. Aku TIDAKperkenalkan diri ~ selalunya perkara ini aku akan lakukan setiap kali panggilan yang aku lakukan berjawab.
2. Aku TIDAKmenyatakan/menerangkan niat sebenar aku daripada awal ~ selalunya aku akan terangkan sebab apa secara tenang tetapi kerana terlalu tergesa,, aku terus bertanyakan apa yang aku mahukan tanpa penerangan lengkap.
3. Aku TIDAKbersedia secara mental ~ sebab pada waktu yang sama terlalu banyak perkara yang aku lakukan tanpa dapat fokus pada satu panggilan itu.

Akhirnya aku merasakan diri bagai KALAH pada hari ini. Nampaknya aku masih lagi tidak bersedia untuk berada dalam situasi tertekan jadi aku perlu persiapkan diri untuk itu. Mungkin kerana aku seorang yang perlukan perancangan rapi dan tenang dalam melakukan sesuatu tugas maka sebab itu apabila berada dalam keadaan tertekan aku menjadi agak huru-hara.

Walau apa pun, hari ini aku belajar perkara baru ~ perlu bersikap tenang dalam apa keadaan sekalipun walaupun dalam keadaan terdesak ~ (^_*)v chill

No comments:

CORETAN kemasKINI