kebiasaannya,,sementara aku bersiap untuk ke tempat kerja,,aku mengambil peluang untuk mendengar sedikit ilmu daripada program televisyen "Tanyalah Ustaz" dan hari ini masuk hari ke-dua untuk tajuk perbincangan "Kahwin Sekufu". Walaupun aku hanya dapat mendengar untuk 30minit pertama sahaja namun sedikit sebanyak sudah cukup berbaloi.
masalah sekufu ini selalunya dihadapi oleh kaum perempuan dalam memilih teman hidup kerana semestinya pihak keluarga perempuan yang lebih menegaskan soal sekufu ~ awalnya aku fikir family aku tidak ambil pusing sangat soal ini,,tetapi baru kini aku sedar bahawa keluarga aku juga mementingkan soal ini ~ masalah ke? agak juga namun aku faham mengapa soal ini diTEKANkan..
3 kunci yang dinyatkan bagai menjadi syarat LENGKAP (seperti Ustaz Badrul perbincangkan) adalah:-
1)Kunci kenderaan sendiri ~ Tak kisah la motor atau kereta .. Ustaz kata kalau ada kunci kereta lagi bagus..
2)Kunci rumah ~ Tak kisah la rumah sewa atau rumah beli asalkan jangan rumah ibubapa.
3)Kunci pejabat ~ maksudnya si lelaki mempunyai pekerjaan tetap yang boleh menjamin kehidupan anak dan isteri kelak.
mungkin ada sesetengah mengatakan bagai si perempuan terlalu "demand" namun permintaan ini bukan syarat suka-suka tetapi aku rasakan ada betulnya diSINI..maklum la,,kita hidup berumahtangga bukan untuk sehari dua tapi biarlah sampai ke akhir hayat moga bawa ke syurga Allah hendaknya,,kan? (^_*)v
p/s: ALHAMDULILLAH sebab siDIAsaya kunci no 2 dan no 3 sudah ada tetapi kene dapatkan kembali kunci no 1 sebab sudah musnah semasa kemalangan jalan raya pertengahan tahun hari itu..huhu.. ~ wink..wink..~ tapi apa pun soal sekufu tetap menjadi isu sesuatu hubungan kerana dalam agama sendiri menekankan sedemikian atas sebab-sebab yang pasti
No comments:
Post a Comment