
di majlis walimah bekas teman sekolah
sebenarnya agak sukar untuk kami melepasi soal siasatan pengawal keselamatan sekolah namun segalanya menjadi mudah kerana salah seorang daripada kami adalah guru sandaran di sekolah itu ~ maka perjalanan menjadi mudah ~^^ sungguh teruja kami apabila dapat menjejaki semula tempat kami belajar satu masa dahulu. kali terakhir aku masuk ke kawasan sekolah itu kalau tak silap dalam 5tahun lepas,,itu pun kerana kami mengadakan reunion batch di situ.
nyata terlalu banyak perubahan di sekolah itu ~ pelajar sudah mula diasingkan kelas mengikut jantina semula, kelas lelaki dan kelas perempuan diasingkan blok dan bangunan ~ waahh..semakin jakun mereka kelak dengan keadaan sosial di luar ... bangunan semakin bertambah dan semakin agak padat juga sekolah. namun apa yang masih kekal,,masih kekal di situ misalnya bangku simen di belakang dewan utama masih sama duduknya di SITU bersama lubang yang masih sama tidak diperbetulkan..hehe..

di kawasan surau sekolah

di tangga utama
LINE kuning ~ kawasan DENDA seandainya lewat datang sekolah atau tidak/lewat turun solat berjemaah di surau
p/s:seJUJURnya ~ KAMI amat sangat merindui tempat kami menimba ilmu itu ~ sungguh,,kalau(tak elok guna perkataan ne~hanya luahan) masa boleh diundur,,KAMI TIDAK akan seNAKAL dan seMALAS dahulu.. ~ hehe..
No comments:
Post a Comment