Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

01 June, 2009

JAWATAN KOSONG!!

aku tahu time gini ramai yang tgh tanam anggur sambil2 tunggu result final yang dijangka keluo 11hb Jun nih (dengo2 je,,betoinya ntah la..)

dok aku usha2 jawatan kosong yang ada dlm market,,satu iklan jawatan kosong menarik perhatian aku..jom kita lihat sama...


TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal....
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa Agama kamu?
3. Siapa Nabi kamu?
4. Apa Kitab kamu?
5. Di mana Kiblat kamu?
6. Siapa Saudara kamu?



CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".





p/s: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.ngeh (^_^)

09 March, 2009

9 Mar 2009

apa yang istimewanya tarikh ni?? seperti yang kita tahu tahun ni 12 Rabiul Awal jatuh pd 9 Mar 2009..tapi apa kaitannya tarikh ni hingga kita semua dapat cuti satu hari?? well...sebenarnya inilah tarikh yang dinantikan2 oleh pecinta2 sekalian,, hari kelahiran kekasih yang utama,, hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma Salli 'Ala Muhammad.

namun semalm,,Ahad,,8hb Mac 2009,,saat aku menonton rancangan tv lewat jam 7.00petang,,amat terguris hati apabila melihatkan ramai golongan remaja melayu Islam yang tidak mengingati tarikh kelahiran kekasih yang agung ini,,masakan boleh jadi begini?? bagaimana tarikh yang sepatutnya paling diingati ini tidak sekali dititikberatkan dalam kehidupan? kalau tarikh lahir boyfriend mahupun girlfriend,, itulah tarikh yang dinantikan2,, malah ada yang telah merancang awal bagaimana untuk meyambut bufday boyfriend dan girlfriend memasing dan hadiah mungkin juga ada yang telah difikirkan even bufday sang kekasih hati masih lagi jauh,, tetapi tarikh lahir junjungan besar ini terlalu ramai yang tidak mengingatnya.. sedangakan sepatutnya Rasulullah dijadikan kekasih yang utama,, adakah kerana tiada di dalam hati mereka rasa cinta terhadap junjungan besar ini?? sob..sob..

kalau tarikh Masihi yang tidak diingati,, aku tak lah berkecil hati namun 'mereka' tidak ingat langsung tarik kelahiran Hijrah Rasulullah!! masakan tarikh 12 Rabiul Awal tidak teringat langsung difikiran mereka? takkan lah kerana nervous dirakamkan wajah untuk prog tv sehingga menyebabkan tarikh yang sepatutnya sinonim dengan diri mereka boleh terlupa sedetik cuma?Atau adakah kerana perubahan zaman dan masa menyebabkan golongan masa kini tidak meletakkan Rasulullah ditempat tertinggi di dalam hati masin2?? Wallahu 'Alam..

apa2 pun,, semoga kita masing2 saling memuhasabah diri,, meletakkan yang selayaknya di tempat yang selayaknya,, jika sebelum ini kita terleka dengan kewujudan Rasulullah,, maka sempena Maulidurasul ini,, kenanglah kembali kelahiran pembawa wahyu yang Utama ini,, sesungguhnya cintanya yang perlu diutamakan,, yang didambakan dan dihayati kerana dialah pembawa syafa'at seluruh ummah.. kerana andai memperoleh cintanya,, maka kita juga akan turut memperoleh cinta Allah Yang Maha Agung Maha Esa,, Pencipta sekalian alam.. Subhanallah..

kenanglah dan ingatlah akan tarikh yang PALING PENTING dalam hidup ini,, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi,, tarikh kelahiran kekasih hati,, kekasih yang ingin didampingi di akhirat kelak,, insya-Allah.. Ya Rasulullah,, cinta mu kudambakan,, syafaat mu ku pohon,, semoga kami sentiasa berada dalam cahaya iman dan Islam..

pesanan : perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kerana sabda Nabi,, "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang selalu berselawat keatas ku" ~ hadis riwayat At-Tarmizi~


--------------SALAM MAULIDURASAUL--------------------

27 February, 2009

w.a.n.i.t.a

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."


Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

CORETAN kemasKINI