09 March, 2009

9 Mar 2009

apa yang istimewanya tarikh ni?? seperti yang kita tahu tahun ni 12 Rabiul Awal jatuh pd 9 Mar 2009..tapi apa kaitannya tarikh ni hingga kita semua dapat cuti satu hari?? well...sebenarnya inilah tarikh yang dinantikan2 oleh pecinta2 sekalian,, hari kelahiran kekasih yang utama,, hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma Salli 'Ala Muhammad.

namun semalm,,Ahad,,8hb Mac 2009,,saat aku menonton rancangan tv lewat jam 7.00petang,,amat terguris hati apabila melihatkan ramai golongan remaja melayu Islam yang tidak mengingati tarikh kelahiran kekasih yang agung ini,,masakan boleh jadi begini?? bagaimana tarikh yang sepatutnya paling diingati ini tidak sekali dititikberatkan dalam kehidupan? kalau tarikh lahir boyfriend mahupun girlfriend,, itulah tarikh yang dinantikan2,, malah ada yang telah merancang awal bagaimana untuk meyambut bufday boyfriend dan girlfriend memasing dan hadiah mungkin juga ada yang telah difikirkan even bufday sang kekasih hati masih lagi jauh,, tetapi tarikh lahir junjungan besar ini terlalu ramai yang tidak mengingatnya.. sedangakan sepatutnya Rasulullah dijadikan kekasih yang utama,, adakah kerana tiada di dalam hati mereka rasa cinta terhadap junjungan besar ini?? sob..sob..

kalau tarikh Masihi yang tidak diingati,, aku tak lah berkecil hati namun 'mereka' tidak ingat langsung tarik kelahiran Hijrah Rasulullah!! masakan tarikh 12 Rabiul Awal tidak teringat langsung difikiran mereka? takkan lah kerana nervous dirakamkan wajah untuk prog tv sehingga menyebabkan tarikh yang sepatutnya sinonim dengan diri mereka boleh terlupa sedetik cuma?Atau adakah kerana perubahan zaman dan masa menyebabkan golongan masa kini tidak meletakkan Rasulullah ditempat tertinggi di dalam hati masin2?? Wallahu 'Alam..

apa2 pun,, semoga kita masing2 saling memuhasabah diri,, meletakkan yang selayaknya di tempat yang selayaknya,, jika sebelum ini kita terleka dengan kewujudan Rasulullah,, maka sempena Maulidurasul ini,, kenanglah kembali kelahiran pembawa wahyu yang Utama ini,, sesungguhnya cintanya yang perlu diutamakan,, yang didambakan dan dihayati kerana dialah pembawa syafa'at seluruh ummah.. kerana andai memperoleh cintanya,, maka kita juga akan turut memperoleh cinta Allah Yang Maha Agung Maha Esa,, Pencipta sekalian alam.. Subhanallah..

kenanglah dan ingatlah akan tarikh yang PALING PENTING dalam hidup ini,, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi,, tarikh kelahiran kekasih hati,, kekasih yang ingin didampingi di akhirat kelak,, insya-Allah.. Ya Rasulullah,, cinta mu kudambakan,, syafaat mu ku pohon,, semoga kami sentiasa berada dalam cahaya iman dan Islam..

pesanan : perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kerana sabda Nabi,, "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang selalu berselawat keatas ku" ~ hadis riwayat At-Tarmizi~


--------------SALAM MAULIDURASAUL--------------------

No comments:

CORETAN kemasKINI