Bukan sengaja utk membaca POST tersebut namun mungkin juga inilah dugaan buat aku saat ini.
Sungguh,,tipu kalau aku kata aku tak cemburu,,tipu juga kalau aku kata aku tak kecil hati,,tapi Sungguh bila aku kata aku relakan dan aku benarkan jika dia bertanya pada ku suati hari nanti..
Semuanya kerana POST tersebut.
Bukan siPencintaHati yang menulis POST tersebut namun individu luar yang berbuat demikian pada wallnya. Apabila aku terlihat dan baca, aku tahu dan yakin siPencintaHati masih milik ku.
Namun sehingga kini aku terfikir sendiri dan tidak dapat berhenti berfikir "kenapa individu tersebut menulis demikian?"..
semalam hatiku tersentuh lagi apabila pasangan yang digandingkan dengan siPencintaHati ku membalas POST tersebut. KOMEN daripada pasangan gandingan itu membuatkan aku tidak lena tidur, airmata mudah mengalir namun mujur SiPencintaHati tidak terfikir bahawa emosi ku terganggu kerana itu. Difikirannya hanya fikir bahawa aku sedang risaukan tentang hari-hari yang sedang kami hitung dalam menanti kehadiran theLittle ke dunia ini.
sehingga kini, akalku masih tidak mampu mencari jawapan sebab mengapa POST tersebut ditulis...kenapa juga pasangan gandingan itu memberi komen demikian menjadi soalan tanpa jawapan buatku.
adakah saja-saja utk bergurau atau berlawak? namun aku rasa jawapan tersebut amat tidak sesuai dengan keadaan. MEREKA juga perempuan...apakah MEREKA tidak akan berperasaan jika ada yang bergurau demikian dengan MEREKA? mungkin hati MEREKA tidak KRISTAL seperti aku...
sigh...mungkin ini dugaan utk tahun pertama kami bersama -
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada aku dalam menghadapi ujian ini. Andai ini hanya sekadar mainan syaitan maka Kau berikanlah keyakinan kepada ku utk menghindari perasaan ini. Aku tidak kuat tanpa-Mu.
No comments:
Post a Comment