09 April, 2012

masih ke ada sisa rasa

aku terkedu saat dia menayatakan hal itu.

bukan baru seminggu dua dia kenal ngan aku..
bukan baru sebulan kami bertunang..
bukan baru semalam dia melafazkan akad TAPI kenapa sehingga sekarang dia belum tukar penama itu?

kalau bukan kerana si kecil di dalam rahim ku ini,,mungkin nama itu tidak akan berubah..
kalau bukan kerana si kecil ini,,mungkin hingga kini aku tidak tahu nama itu tersenarai dalam pewarisnya..
kalau bukan kerana hadirnya si kecil ini,,mungkin dia tak teringat utk menukar nama itu..
TAK TERingat atau TAK ingat?

aku kah yang terlalu emosi?
aku kah yang terlalu cemburu?
aku kah yang tak percaya akan sayang dia pada aku?
aku kah yang terlalu ambil serius hal ini?

mungkin dugaan kami utk permulaan ini,,namun hati ini terkedu sgt..

mode:aku bertanya juga namun dia mengatakan aku terlalu cemburu dan kisah itu semua kisah lama,,tak perlu diungkit.
namun...hati ku terlalu sensetif.
masakan hati ini tidak berdetik walau sekelumit?

1 comment:

Cik Salwa Salahudin said...

hurmm..sewaktu aku post luahan ini mungkin aku sedang bengang ngan apa yang berlaku.

aku percaya sayang dia pada aku hanya pada aku.

aku yang terlalu beremosi kan ~^^ hehee..

CORETAN kemasKINI