hari ini masuk minggu kedua adik aku dan kawan-kawan seangkatan dengannya menduduki peperiksaan dan hari ini mereka menjawab kertas peperiksaan untuk subjek Matemati Moden ~ salah satu subjek yang merisaukan aku sebab subjek ini adalah antara subjek TIDAKdiminati oleh adik aku yang seorang ini. lebih menakutkan kerana pada cuti hari raya Aidiladha yang lepas adik bongsu aku ini dengan wajah 'slumber' menyatakan "akim tak buat latihan math langsung lagi,,kak"..huhu..aku yang tersentak..aku akui subjek ini memang mudah namun aku amat risau melihatkan keSLUMBERan adik aku ini..apa pun aku doakan dia mampu menjawab soalan untuk subjek ini dengan cemerlang ~ insya-Allah ~
minggu ini setiap hari adik aku mempunyai subjek untuk diduduki:-
isnin(hari ini) ~ Matematik Moden
selasa(esok)~ Pendidikan Agama Islam (^_^)v
rabu(lusa)~ Matematik Tambahan ~~satu lagi subjek yang buat aku tidak lena malam~~
khamis(tulat)~Fizik
p/s:doa kami semua buat adik bongsu kami yang nakal ini ~ semoga tenang dan dapat menjawab kertas soalan dengan cemerlang ~ the last hope ~^^
No comments:
Post a Comment