mereka berdua saling menyukai,,memahami,,namun kerana tentangan daripada kedua-dua belah pihak keluarga,,kasih yang tersemai terpaksa mereka kuburkan..
bagi pihak keluarga perempuan,, si lelaki terlalu muda dan masih belum matang dalam membuat keputusan namun pada hakikatnya bukan umur yang memainkan peranan tetapi bukankah akal fikiran dan pengalaman? mungkin benar si lelaki terlalu muda namun tak bermakna pengalaman hidupnya terlalu chetek dalam membuat sesuatu keputusan lebih2 lagi si lelaki itu anak sulung yang punyai tanggungjawab yang besar...
manakala bagi pihak keluarga lelaki, si perempuan lebih layak mendampingi lelaki lain,,pada mereka anak mereka tidak sekufu dengan gadis itu. keluarga si gadis punya nama hebat di kawasan penempatannya..ahhh,,masakan soal sekufu masih menjadi bidasan zaman hebat sebegini? harta boleh dicari,,ilmu boleh dipelajari,,darjat? apa yang ada pada darjat yang diberikan oleh manusia? bukan darjat itu yang akan dinilai oleh Yang Maha Adil di kehidupan 'sana' nanti..
haaiiii...kehidupan,,mungkin inilah kehidupan..
tak mengapalah hai si gadis,, yang patah bisa tumbuh,, yang hilang bisa berganti..walau mungkin yang patah dan hilang tak bisa sama dengan yang tumbuh dan berganti,,namun redha keluarga itu lebih penting daripada segalanya..
wahai si jejaka,,pasti dia bukan yang terbaik untuk dijadikan peneman hidup mu..pohon selalu pada Allah,, moga dirimu dipertemukan dengan gadis lebih baik daripada dirinya..
p/s: Allah sudah menetapkan jodoh pertemuan setiap hamba-Nya,,kalian bersyukurlah atas pertemuan itu kerana bukankah ia memberikan kebahagian kepada kedua kalian ~^^
No comments:
Post a Comment