26 March, 2009

jalan2 dgn niat baik

tarikh : 11hb Mac 2009
lokasi : Hospital Ampang Puteri,Ampang

pagi tu masa tengah kelas MAF640,salah sorang classmate bagitau Syed Ahmad 'mungkin' accident,,tak compem lagi tapi satu kelas dah kecoh sbb sume ambil berat pasal dia,,ye la kan,,classmate dan rapat pun antara sesama dalam kelas tuh. then setelah mencari sumber2 yang boleh dipercayai,, memang benar dia, Syed Ahmad, accident dengan kereta di depan u-turn dekat ngan partment Baiduri area jam 5.++ petang bertarikh 10hb Mac, 2009. tengahari tu, beberpa classmate pergi melawat dia di Hosptital Klang namun hanya dapat berbual dengan Uncle dia since dia di'tidur'kan oleh doc.('saya' tak pergi sbb dah janji nak buat discussion..)

next day,khamis,12 hb Mac, once again beberapa classmate nak g melawat dia lagi dan kali itu 'saya' join even next day ada kuiz FAR sebab teringin sgt nak melihat keadaan dia yang dikatakan agak teruk. kali ini bukan di Hospital Klang tetapo di Hospital Ampang Puteri. konvoi dua kereta Myvi ke sana (2lelaki+7 perempuan). bertolak sebaik tamat kelas MAF area jam 4.++ ptg dan kami tiba hampir jam 6.00ptg. saat kami masuk wad Syed, dia baru saja diberi suntikan untuk tidur..sekali lagi peluang untuk 'kami' berbual dengan dia tak bisa tercapai.maka 'kami' banyak berbual dengan ibu+family yang menjaganya. nyata sebelah wajahnya ada bekas calar2,mungkin terseret sewaktu jatuh daripada motor. di bawah dagunya juga ada kesan luka akibat 'ujian' itu. yang paling me'ngeri'kan semua apabila Syed menggosok mata kirinya kerana kelopak matanya terpaksa di jahit dengan 2jahitan.ishh..org yang tengok yang rasa sakitnya..huhu..


jam 7.00ptg kami keluar daripada wad memandangkan Syed ingin berehat dan mungkin juga dia 'terharu' melihat 'kami' datang melawat dia. (aicheh..perasan sungguh 'saya').

selepas kami solat maghrib di hospital, semetinya destinasi mencarik tempat makan adalah agenda utama,,maka malam itu kami pe'kena' Nasi Kukus Ayam Dara,,jeng3..ayam dara tuh,,susah mau dapat.haha..

lebih kurang jam 11.00malam baru 'saya' tiba dirumah.siap bawak balik pulut kuning (My Fav.) balik lagi..nyum..nyum..sedap (^_*)



p/s:special thanks buat kak Min yang sudi tumpangkan che dan hantar che pulang,,thanks gak kepada penumpang2 kereta Myvi putih yang sanggup hantar pulut kuning ke rumah (sape soh simpan pulut kuning tuh,,hehe),,banyak2 thanks buat kak Mizah sbb bagi pulut kuning tuh..SEDAPPP!! nak lagi..hehe.

No comments:

CORETAN kemasKINI