21 March, 2009

aku dan dia

suasana sejuk dan tenang pagi,,
ni buat aku terkenangkan seseorang,,
seseorang yang jauh di mata,,
namun amat sukar untuk aku,,
buang jauh daripada hati aku,,

mungkin dia tidak pernah sedar,,
bahawa aku masih memikirkan tentang dirinya,,
namun aku tidak dapat menafikan,,
bahawa adakala fikiran aku tertumpu padanya,,
kadangkala terasa letih mengenangkan dirinya,,
malah adakala,,
bagai ada butiran halus mengalir di pipi,,
namun itu bukan membuatkan aku lemah,,
malah aku percaya,,
Allah telah aturkan yang terbaik,,
buat aku dan dia..

setiap kali aku ketahui,,
ada yang tidak dapat melupakan sang kekasih hati,,
walaupun sudah tidak mempunyai ikatan kasih lagi,,
namun aku tidak menyalahkan mereka berperasaan demikian,,
walaupun pahit perpisahan itu,,
namun ada kenangan terindah di situ,,
maka mengapa perlu dilupakan kenangan indah itu,,
andai bisa buat dirimu lebih kuat melangkah,,
bukankah itu pelajaran daripada pengalaman..

aku sentiasa berdoa agar,,
aku kuat menongkah dunia ini,,
aku sentiasa berdoa,,
semoga aku kuat menghadapi ujian hidup,,
aku juga berdoa,,
semoga ada seseorang yang terbaik,,
buat aku untuk menjadi 'amir aku..

aku juga mendoakan,,
dia sejahtera dan baik di sana,,
turut aku doakan,,
apa yang dia usahakan di sana,,
akan merealisasikan cita2nya..

semoga perpisahan kami,,
tercipta sesuatu yang berharga buat kami,,
namun dalam perpisahan ini,,
masih ada terselit harapan,,
harapan yang tak pernah padam,,
walaupun saat antara aku dan dia sudah memutuskan,,
kami hanya sekadar teman biasa,,
agar kami dapat sama2 bisa mencapai,,
apa yang kami impikan dalam hidup ini..


antara aku dan dia..
hanya takdir Allah penentu segalanya
(^_*)



--> apa lah yang aku ngarut nih,, lebih baik tidur daripada mengarut bukan2,,hehe <--

No comments:

CORETAN kemasKINI